DASAR PRIVASI
Prada S.p.A., dengan pejabat berdaftar di Milan (Itali), syarikat induk operasi Kumpulan Prada (ditakrifkan di bawah) bersama-sama dengan anak syarikatnya Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd., dengan pejabat berdaftarnya di Kuala Lumpur (Malaysia), syarikat yang mengendalikan secara langsung penjualan produk-produk yang ditawarkan di laman web www.prada.com/my/en.html (“Laman Web”), (Prada S.p.A. dan Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd. bersama-sama dirujuk sebagai “PRADA” atau “kami”), amat komited untuk melindungi kerahsiaan, integriti dan keselamatan data peribadi (selepas ini “Data Peribadi”) yang mungkin dikongsi oleh anda dengan kami, dan dengan ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan menzahirkan Data Peribadi anda.
PRADA akan memproses Data Peribadi anda dengan mematuhi undang-undang semasa yang berkenaan mengenai perlindungan data dan dengan mematuhi sebarang peraturan tempatan yang khusus yang berkenaan dari semasa ke semasa, termasuk Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”) dan Peraturan Perlindungan Data Am Eropah (Peraturan (EU) 2016/679 - “PPDA”), bersama-sama dengan prinsip-prinsip dan tatakelakuan am yang terkandung dalam Tataetika yang diterima pakai oleh Kumpulan Prada.
Prada S.p.A., bersama-sama dengan anak-anak syarikatnya dan syarikat-syarikat gabungannya, termasuk tetapi tidak terhad kepada Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd, selepas ini dirujuk secara kolektif sebagai “Kumpulan Prada”.
Dasar privasi ini terpakai bagi Data Peribadi yang mungkin kami kumpul melalui Laman Web ini dan sebarang aplikasi-aplikasi mudah alih, perkhidmatan-perkhidmatan berasaskan awan, ‘widget’ terkawal yang terbenam di dalam platform-platform komunikasi atau lokasi-lokasi lain di mana dasar privasi ini ditempatkan atau dirujuk, serta kepada Data Peribadi yang mungkin diberikan oleh anda kepada kami melalui telefon, e-mel, mesej teks yang diterima dan/atau secara peribadi di gedung-gedung kami, apabila anda berinteraksi dengan pasukan Perkhidmatan Pelanggan atau kakitangan penjualan kami, membeli produk-produk kami atau menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
1. Jenis dan sumber data
Data pelayaran
Sewaktu operasi biasa, sistem-sistem komputer dan prosedur-prosedur perisian yang digunakan untuk mengendalikan Laman Web kami mengumpul data peribadi tertentu (fail-fail log). Penghantaran data sedemikian adalah sesuatu yang menjadi asas bagi penggunaan protokol-protokol komunikasi internet. Maklumat ini tidak dikumpul untuk dikaitkan dengan subjek-subjek data tertentu. Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sifatnya, maklumat ini membolehkan pengguna dikenal pasti melalui pemprosesan dan integrasinya dengan data yang disimpan oleh pihak-pihak ketiga. Maklumat sedemikian termasuk alamat-alamat IP atau nama-nama domain komputer yang anda gunakan untuk melawat Laman Web kami, URI (Pengecam Sumber Sejagat) bagi sumber yang diminta, masa permintaan, kaedah yang digunakan untuk menghantar permintaan kepada pelayan, saiz fail yang diperolehi sebagai jawapan, kod status berangka bagi jawapan pelayan (berjaya, ralat, dll.) dan parameter lain melibatkan sistem operasi dan persekitaran komputer pengguna. Data ini digunakan semata-mata bagi tujuan mendapatkan maklumat statistik tanpa nama mengenai penggunaan Laman Web kami dan untuk menjamin agar Laman Web kami dapat beroperasi dengan wajar.
Kuki-kuki’
Laman Web kami menggunakan ‘Kuki-kuki’ dan teknologi-teknologi yang serupa, termasuk ‘Kuki-kuki’ pihak ketiga, untuk memastikan ia berfungsi dengan berkesan, untuk menjalankan analisis statistik, meningkatkan perkhidmatan-perkhidmatan kami dan menghantar mesej pengiklanan atas talian kami sejajar dengan pilihan anda. ‘Kuki-kuki’ adalah fail-fail teks kecil yang dihantar kepada terminal yang digunakan oleh anda untuk mengakses Internet (biasanya kepada pelayar anda) oleh laman-laman web yang anda lawati. ‘Kuki-kuki’ disimpan di dalam komputer atau peranti anda agar dapat dikenal pasti oleh laman-laman web tersebut apabila anda melawatnya selepas itu. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ‘Kuki-kuki’, jenis ‘Kuki-kuki’ yang digunakan di Laman Web kami, bagaimana untuk melumpuhkannya dan bagaimana anda boleh membatalkan kebenaran anda, sila lihat Dasar Kuki kami.
Data Peribadi yang diberikan secara sukarela oleh subjek data
PRADA mengumpul dan memproses Data Peribadi yang anda berikan secara langsung dan sukarela melalui Laman Web kami, melalui telefon, e-mel atau mesej-mesej teks yang diterima dan/atau di gedung Kumpulan Prada, apabila anda:
(i) membeli produk-produk kami di gedung atau membuat pesanan dalam talian, pesanan-pesanan secara jarak jauh dan/atau pesanan-pesanan lain,
(ii) menggunakan kefungsian-kefungsian lain yang tersedia di Laman Web (contohnya: untuk melanggan surat berita kami, menghantar permintaan kepada Perkhidmatan Pelanggan kami, membuat temu janji di gedung, untuk berhubung atau berinteraksi dengan kami melalui rangkaian sosial, dll);
(iii) memilih untuk mendaftar diri dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada dengan mewujudkan akaun dalam talian anda sendiri di Laman Web atau dengan mengisi kad pelanggan kami (“Kad Pelanggan”) agar dapat menerima pengalaman pelanggan yang individu dan disesuaikan untuk anda serta perkhidmatan dan faedah eksklusif yang disediakan khusus untuk ahli-ahli berdaftar,
(iv) berinteraksi dengan pasukan Perkhidmatan Pelanggan atau kakitangan penjualan kami, dan/atau
(v) menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan kami.
Bergantung kepada maklumat yang diberikan oleh anda kepada kami, butiran-butiran Data Peribadi mungkin merangkum nama pertama dan nama keluarga anda, gelaran, lokasi, tarikh lahir, alamat e-mel, alamat pengebilan, alamat penghantaran, nombor telefon, maklumat kad kredit, butir-butir pembelian, dan sebarang maklumat lain tentang anda yang dipilih untuk diberikan oleh anda semasa interaksi dengan Perkhidmatan Pelanggan kami atau dengan kakitangan penjualan.
Jika anda memilih untuk mendaftar diri di Laman Web melalui fungsi log masuk sosial, sila ambil maklum bahawa PRADA akan mendapat akses kepada Data Peribadi dalam akaun sosial anda (contohnya, alamat e-mel dan profil awam anda) selaras dengan seting-seting privasi di platform media sosial yang berkenaan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kenyataan privasi yang berkaitan di platform media sosial yang berkenaan; PRADA tidak menyelia atau mengawal perkhidmatan-perkhidmatan media sosial atau profil pengguna tersebut di platform-platform ini dan tidak menetapkan seting-seting privasi atau peraturan-peraturan mengenai bagaimana Data Peribadi digunakan di platform-platform tersebut.
Di samping itu, kami juga mungkin mendapat maklumat tentang anda disebabkan oleh semakan pengesahan atau identiti (misalnya, anda mungkin diminta untuk mengemukakan dokumen pengenalan anda apabila anda memungut pembelian anda di gedung). PRADA menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti diri anda sebagai pelanggan, untuk memproses pesanan anda, untuk menghantar produk-produk dan menyampaikan perkhidmatan-perkhidmatan dan/atau untuk memproses pembayaran-pembayaran.
Jika anda menelefon pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami atau pasukan Perkhidmatan Pelanggan kami menghubungi anda dengan butir-butir yang anda berikan kepada kami, sila ambil maklum bahawa panggilan-panggilan tersebut mungkin dirakamkan bagi tujuan jaminan kualiti dan penyimpanan rekod. Dalam keadaan sedemikian, anda akan dimaklumkan tentang perkara ini sebelum rakaman dimulakan.
Selanjutnya, apabila anda menelefon, menghantar e-mel atau teks kepada pasukan Perkhidmatan Pelanggan dan/atau kakitangan penjualan kami, kami mengumpul alamat e-mel dan/atau nombor telefon yang anda gunakan untuk menghubungi kami, supaya kami boleh membalas sebarang permintaan, serta sebarang Data Peribadi tambahan yang terkandung di dalam mesej anda atau yang diberikan oleh anda semasa interaksi anda dengan kami.
Gabungan
Kami mungkin menggabungkan data yang dikumpul secara pasif dengan data yang diserahkan secara aktif oleh anda kepada kami untuk, contohnya, menyediakan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada pelawat Laman Web, menyesuaikan Laman Web berdasarkan pilihan anda, menyusun dan menganalisis statistik dan trend, untuk sebaliknya mentadbir dan mempertingkatkan Laman Web untuk kegunaan anda, dan untuk memperibadikan tawaran khusus untuk anda (contohnya, maklumat yang digabungkan mungkin membolehkan kami mengesyorkan produk-produk kepada anda berdasarkan apa yang digemari oleh anda di masa lalu). Kami mungkin menggabungkan maklumat yang dikumpul di Laman Web dengan maklumat yang dikumpul melalui telefon, e-mel atau mesej teks yang diterima atau daripada pengalaman di gedung untuk membekalkan perkhidmatan yang memperibadikan dengan keperluan anda. Kami juga mungkin menggabungkan maklumat yang kami kumpul tentang anda daripada peranti-peranti berbeza yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web kami dan/atau maklumat yang kami perolehi daripada pihak ketiga dengan Data Peribadi yang telah disimpan oleh kami tentang anda.
Data Peribadi orang-orang di bawah umur
Anda hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun (atau lebih tua bergantung kepada negara atau negeri kediaman anda) untuk memberikan Data Peribadi kepada kami atau membeli produk-produk daripada Laman Web kami.
PRADA melindungi Data Peribadi orang di bawah umur selaras dengan undang-undang dan peraturan negara yang berkenaan. Jika PRADA mendapat tahu bahawa PRADA telah mengumpul Data Peribadi mengenai orang di bawah umur tanpa kebenaran terdahulu daripada ibu bapa atau penjaga sah yang dapat ditentusahkan, PRADA akan menyahaktifkan akaun orang di bawah umur tersebut dan cuba memadamkan data secepat mungkin.
2. Tujuan-tujuan dan asas undang-undang pemprosesan
Data Peribadi anda mungkin diproses dan digunakan bagi tujuan berikut:
(a) untuk menyediakan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan dan maklumat kepada anda seperti yang diminta oleh anda daripada kami, untuk berkomunikasi dengan anda dan menguruskan perhubungan anda dengan PRADA;
(b) untuk memproses atau memenuhi pesanan-pesanan pembelian dalam talian, secara jarak jauh dan/atau pesanan-pesanan pembelian lain dan melaksanakan semua aktiviti pengurusan yang berkaitan dengannya (termasuk menguruskan pentadbiran kontrak, menghantar barangan, memproses pembayaran, menginvois, menangani sebarang pertukaran dan pemulangan produk-produk, mengendalikan apa-apa tuntutan dan litigasi, dan untuk mencegah penipuan), dan untuk mematuhi sebarang kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan yang berkenaan;
(c) untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan pasca-penjualan kepada anda (termasuk waranti produk dan perkhidmatan-perkhidmatan pembaikan);
(d) untuk menghantar surat-surat berita dan komunikasi pemasaran lain melalui e-mel, berkenaan dengan jenama “Prada” dan produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan, inisiatif-inisiatif dan acara-acara Prada yang lain berbangkit daripada langganan anda kepada perkhidmatan tersebut.
Selanjutnya, jika anda mendaftar diri dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada (contohnya, apabila anda mendaftar diri di Laman Web atau mengisi Kad Pelanggan kami), Data Peribadi anda akan diuruskan oleh syarikat induk Prada S.p.A. dan dikongsi dengan semua gedung-gedung Kumpulan Prada di seluruh dunia, dan mungkin diproses, bersama-sama dengan butir-butir pembelian-pembelian anda di dalam talian, secara jarak jauh dan/atau di gedung-gedung, bagi tujuan berikut:
(e) untuk menguruskan akaun peribadi anda, mengesahkan identiti anda sebagai pelanggan Kumpulan Prada yang berdaftar dan, dengan itu, menyediakan perkhidmatan penjagaan pelanggan yang disesuaikan dan bantuan pasca-penjualan di seluruh dunia dan membolehkan anda menikmati perkhidmatan-perkhidmatan dan faedah-faedah eksklusif yang disediakan khusus untuk ahli-ahli berdaftar (contohnya penyimpanan sejarah pesanan pembelian anda, proses pembayaran (checkout) dalam talian yang lebih pantas, prosedur yang dipermudahkan untuk pembaikan dan waranti produk, jemputan untuk menghadiri acara-acara, pra-jualan dan inisiatif-inisiatif promosi lain dan projek-projek khas, dll.);
(f) untuk menawarkan kepada anda pengalaman yang diperibadikan dan disesuaikan khusus untuk anda berkenaan dengan pilihan-pilihan anda untuk jenama “Prada” dan jenama-jenama, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan lain oleh Kumpulan Prada, termasuk menjalankan langkah statistik, penyelidikan pasaran dan soal selidik; dan/atau;
(g) pemasaran: untuk menghubungi anda dan/atau menghantar kepada anda (melalui telefon, e-mel dan sebarang bentuk komunikasi elektronik atau cara digital lain termasuk platform-platform rangkaian sosial dan aplikasi-aplikasi mesej serta-merta lain) maklumat dan promosi-promosi, termasuk maklumat komersial, surat-surat berita, iklan dan katalog melibatkan “Prada” dan jenama-jenama, produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Kumpulan Prada yang lain.
Kami mengumpul dan menggunakan Data Peribadi anda berdasarkan satu atau pelbagai asas undang-undang yang diperuntukkan oleh undang-undang perlindungan data yang berkenaan, termasuk:
- pemprosesan perlu dilakukan berhubung dengan sebarang kontrak antara PRADA dan anda (contohnya, apabila anda membuat pembelian) atau untuk mengambil langkah pra-kontrak atas permintaan anda;
- kami telah memperolehi kebenaran terdahulu daripada anda (contohnya, apabila anda memilih untuk menerima komunikasi-komunikasi pemasaran kami). Sila ambil maklum bahawa anda berhak menarik balik kebenaran anda pada bila-bila masa, dengan menghantar e-mel kepada privacy@prada.com, atau dengan menggunakan pautan “unsubscribe” yang dimasukkan dalam semua komunikasi-komunikasi elektronik komersial kami, dan/atau dengan menggunakan sebarang prosedur-prosedur lain yang sesuai yang mungkin disediakan kepada anda oleh PRADA (contohnya, dengan log masuk ke dalam akaun dalam talian anda);
- kami perlu memproses data peribadi anda demi mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan.
3. Sifat penyediaan data peribadi
Penyediaan Data Peribadi tidak diwajibkan.
Walau bagaimanapun, jika anda ingin membuat pesanan pembelian, mendaftar diri dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada, menerima maklumat mengenai produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan Kumpulan Prada, dan/atau menggunakan sebarang perkhidmatan-perkhidmatan lain yang ditawarkan di Laman Web, secara jarak jauh dan di gedung, anda perlu mengisi semua ruang yang diwajibkan di dalam borang-borang yang relevan dan memberikan kepada kami Data Peribadi yang dikehendaki yang diperlukan bagi tujuan pemprosesannya. Jika anda tidak memberikan maklumat sedemikian, ini akan melambatkan atau menghalang kami daripada memproses permintaan anda, membalas pertanyaan anda atau menyediakan produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan kepada anda.
Anda boleh menarik balik kebenaran anda untuk menerima komunikasi-komunikasi komersial kami dan mengubah pilihan-pilihan komunikasi anda dan/atau memilih untuk tidak menerima komunikasi-komunikasi elektronik tertentu pada bila-bila masa, dengan menghantar e-mel kepada privacy@prada.com, atau dengan menggunakan pautan “unsubscribe” yang dimasukkan dalam semua komunikasi-komunikasi elektronik komersial kami, dan/atau dengan menggunakan sebarang prosedur-prosedur lain yang sesuai yang mungkin disediakan kepada anda oleh PRADA (contohnya, dengan log masuk ke dalam akaun dalam talian anda).
Anda juga boleh menarik balik atau membatalkan pendaftaran anda dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada pada bila-bila masa dengan menghubungi kami di privacy@prada.com dan/atau dengan log masuk ke dalam akaun dalam talian anda.
4. Kaedah Pemprosesan
Data Peribadi anda akan diproses melalui cara-cara elektronik atau automatik atau alat-alat berkomputer yang sesuai, atau secara manual dan dalam salinan cetak, semata-mata bagi tujuan pengumpulan Data Peribadi anda dan dengan menjamin keselamatan dan kerahsiaan sebarang maklumat yang diproses, dengan mengguna pakai langkah yang sesuai demi mencegah pindaan, pembatalan, kemusnahan, akses atau pemprosesan tanpa kebenaran atau tindakan yang tidak selaras dengan tujuan pengumpulan. Data Peribadi anda akan diproses oleh kakitangan dalaman PRADA yang komited untuk memelihara kerahsiaan dan diberi kuasa dengan sewajarnya untuk berbuat demikian di bawah tugas pekerjaan mereka masing-masing.
5. Pemindahan dan penzahiran data
Apabila diperlukan dan/atau dikehendaki bagi tujuan-tujuan di atas, Data Peribadi anda mungkin diproses bagi pihak PRADA oleh entiti-entiti lain yang dilantik oleh PRADA untuk memenuhi tujuan-tujuan yang diterangkan dalam cara yang tepat dan lazim, termasuk:
- Syarikat-syarikat Berkaitan: syarikat-syarikat lain dalamKumpulan Prada dan francaisi yang mengendalikan gedung Kumpulan Prada;
- Penyedia-penyedia Perkhidmatan: Penyedia-penyedia perkhidmatan pihak ketiga, perunding-perunding dan firma-firma yang menyediakan aktiviti-aktiviti nasihat dan/atau perundingan, atau melaksanakan perkhidmatan-perkhidmatan berkaitan yang amat penting bagi pemprosesan data bagi pihak PRADA, termasuk perkhidmatan-perkhidmatan analisis laman web, pengehosan, pemprosesan urus niaga dan pembayaran, pengurusan kempen promosi, pencegahan penipuan, penghantaran barangan, penyenggaraan IT, dll.
Semua pihak yang diamanahkan terikat oleh perjanjian kerahsiaan yang ketat termasuk kewajipan di bawah kontrak untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sesuai demi melindungi Data Peribadi yang dikongsi dengan mereka dan untuk memproses data sedemikian semata-mata menurut skop kerja yang diamanahkan.
Oleh sebab PRADA adalah sebahagian daripada suatu rangkaian antarabangsa, Data Peribadi anda mungkin dipindahkan ke luar negara, walaupun secara sementara, selaras dengan perundangan yang berkenaan, termasuk ke lokasi-lokasi di luar Malaysia dan Kesatuan Eropah (klik di sini untuk melihat bidang-bidang kuasa di mana Kumpulan Prada dan penyedia-penyedia perkhidmatannya beroperasi), dengan melaksanakan semua langkah-langkah dan pelindung-pelindung keselamatan yang sesuai demi memastikan tahap perlindungan dan keselamatan data yang memadai.
Data Peribadi anda tidak akan digunakan bagi tujuan-tujuan pemasaran pihak ketiga atau untuk mempromosi produk-produk, perkhidmatan-perkhidmatan atau insiatif-inisiatif oleh entiti-entiti selain daripada Kumpulan Prada, dan tidak akan dizahirkan kepada orang-orang yang tidak dikenali dalam apa jua keadaan.
Komunikasi data di dalam Kumpulan Prada
Sila juga ambil maklum bahawa jika anda bersetuju untuk mendaftar diri dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada bagi tujuan-tujuan yang dirujuk di dalam bahagian 2, huruf (e)-(g), Data Peribadi anda akan dikongsi secara selamat dengan semua gedung-gedung Kumpulan Prada di seluruh dunia untuk menyediakan kualiti perkhidmatan yang setara kepada anda di mana jua anda memilih untuk berinteraksi dengan kami di seluruh dunia (contohnya apabila anda melancong dan membeli produk-produk kami atau melawat gedung-gedung kami). PRADA akan mengambil semua langkah-langkah keselamatan dan kerahsiaan yang suaimanfaat dan sesuai sepertimana yang dikehendaki oleh perundangan yang berkenaan untuk memastikan standard perlindungan data yang mencukupi.
6. Tempoh Penyimpanan
Data Peribadi anda akan diproses dan disimpan: (a) selama mana yang perlu untuk memenuhi tujuan-tujuan pengumpulan Data Peribadi, (b) selaras dengan tempoh penyimpanan yang diperuntukkan oleh undang-undang yang berkenaan, atau (c) sehingga anda membatalkan kebenaran anda terhadap pemprosesan/penyimpanan Data Peribadi anda, jika berkenaan. Apabila tamat tempoh tersebut, dan jika tidak ada tujuan undang-undang atau perniagaan untuk menyimpan Data Peribadi anda, data tersebut akan secara automatik dan secara kekal dipadamkan atau dijadikan data tanpa nama.
Khususnya, berkenaan dengan pemprosesan data ahli-ahli berdaftar dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada:
- Data Peribadi bagi akaun keahlian anda akan disimpan selama 7 tahun dari tarikh interaksi terakhir anda dengan Kumpulan Prada atau sebaliknya sehingga anda menarik balik atau membatalkan pendaftaran anda dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada; dan
- Butir-butir pembelian disimpan bagi tempoh 7 tahun dari tarikh pembelian.
7. Pengguna Data, Pengawal Data dan maklumat hubungan
Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd.
Lot 9.07.00, Level 9 Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Berkenaan dengan pemprosesan data ahli-ahli berdaftar dalam pangkalan data pelanggan Kumpulan Prada, jika ada, Pengawal Data adalah:
Prada S.p.A.
Via Antonio Fogazzaro 28, 20135 Milan (Italy)
Pegawai Perlindungan Data Kumpulan
e-mel: privacy@prada.com.
Jika anda mempunyai sebarang permintaan berkenaan dengan Data Peribadi anda, mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini, atau anda ingin melaksanakan hak anda, sila hubungi (tanpa caj) PRADA atau Pegawai Perlindungan Data Kumpulannya dengan menulis ke alamat/alamat e-mel yang disenaraikan di atas.
8. Hak anda
Sila ambil maklum bahawa anda boleh melaksanakan hak anda di bawah undang-undang perlindungan data yang berkenaan pada bila-bila masa dengan menulis kepada kami seperti yang dinyatakan di dalam perenggan sebelum ini atau dengan menggunakan borang ‘contact us’ yang tersedia di Laman Web.
Khususnya, di bawah APDP, anda boleh melaksanakan hak anda untuk mengakses Data Peribadi anda dan hak untuk meminta Data Peribadi anda dibetulkan.
Di bawah PPDA, anda berhak untuk meminta maklumat tentang sama ada Data Peribadi anda sedang diproses dan mengenai ciri-ciri pemprosesan, hak untuk membetulkan dan memadamkan Data Peribadi anda, untuk membataskan pemprosesan data dan/atau hak untuk membantah pemprosesan dan/atau meminta Data Peribadi anda dihantar kepada pengawal lain, dan/atau hak untuk membuat aduan dengan pihak berkuasa pengawalseliaan yangcekap, termasuk Italian Garante per la protezione dei dati personali (www.garanteprivacy.it) atau mengambil tindakan undang-undang jika anda percaya peruntukan undang-undang yang berkenaan tidak dipatuhi.
Anda juga berhak menarik balik kebenaran anda bagi pemprosesan Data Peribadi anda oleh PRADA pada bila-bila masa, tanpa caj. Penarikan balik kebenaran anda tidak akan menjejaskan kesahan pemprosesan berdasarkan kebenaran anda sebelum kebenaran tersebut ditarik balik.
PRADA berhak meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa, dan sekiranya terdapat sebarang pindaan yang material, kami akan paparkan notis di Laman Web. Dasar Privasi yang kini berkuat kuasa adalah Dasar Privasi yang diterbitkan di Laman Web.
Tarikh kemas kini terakhir: 8 November 2023
PRIVACY POLICY
Prada S.p.A., with registered office in Milan (Italy), the operating holding company of the Prada Group (defined below) together with its subsidiary Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd., with its registered office in Kuala Lumpur (Malaysia), the company directly operating the selling of products offered on the website https://www.prada.com/my/en.html (the “Website”), (Prada S.p.A. and Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd. are referred together as “PRADA”, “we” or “us”), is committed to protecting the confidentiality, integrity and security of personal data (hereinafter “Personal Data”) that you may share with us, and hereby explain how we collect, use and disclose your Personal Data.
PRADA will process your Personal Data in compliance with current applicable laws on data protection and with any specific local regulations applicable from time to time, including the Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) and the European General Data Protection Regulation (Regulation (EU) 2016/679 - “GDPR”), together with the principles and general rules of conduct contained in the Code of Ethics adopted by the Prada Group.
Prada S.p.A., together with its subsidiaries and affiliates companies, including but not limited to Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd, are hereinafter collectively referred to as the “Prada Group”.
This privacy policy applies to the Personal Data which we may collect through this Website and any mobile applications, cloud-based services, controlled widgets embedded in communication platforms or other locations where this privacy policy is located or referenced, as well as to Personal Data that you may provide us by phone, email, incoming text messages and/or in person at our stores, when you interact with our Client Service team or sales staff, purchase our products or use our services.
1. Type and source of data
Browsing data
During their normal operation, the computer systems and software procedures used to operate our Website collect certain personal data (log files). The transmission of such data is inherent to the use of internet communication protocols. This information is not collected in order to be associated with specific data subjects. However, due to its nature, this information can allow users to be identified by means of its processing and integration with data held by third parties. Such information includes the IP addresses or domain names of the computers you use to visit our Website, URIs (Uniform Resource Identifiers) of the resources requested, the time of the request, the method used to submit the request to the server, the size of the file obtained in reply, the numerical status code of the server reply (successful, error, etc.) and other parameters concerning the user's operating system and computer environment. This data is used with the sole purpose of obtaining anonymous statistical information on the use of our Website and to guarantee its correct operation.
Cookies
Our Website uses cookies and similar technologies, including third-party cookies, to ensure its efficient functioning, perform statistical analysis, improve our services and send our online advertising messages in line with your preferences. Cookies are small text files that are sent to terminal you use to access to the Internet (usually to your browser) by the websites you visit. Cookies are stored in your computer or device to be recognised by those websites on your subsequent visits. For more information on cookies, on the types of cookies used on our Website, on how to disable them and on how you can revoke your consent, see our Cookie Policy.
Personal Data voluntarily provided by the data subject
PRADA collects and processes the Personal Data that you directly and voluntarily provide through our Website, by phone, email or incoming text messages and/or at a Prada Group store, when you:
(i) purchase our products in store or place online, remote and/or other orders,
(ii) use other functionalities available on the Website (for example: to subscribe to our newsletter, to send a request to our Client Service, to book an appointment in store, to connect or interact with us through social networks, etc);
(iii) choose to register into the Prada Group customer database by creating your online account on the Website or completing our customer card (“Customer Card”) in order to be provided with a personalised and tailored customer experience and exclusive services and benefits reserved for registered members,
(iv) interact with our Client Service team or our sales staff, and/or
(v) use our services.
Depending on what you provide us with, the items of Personal Data may include your first and last name, title, location, date of birth, email address(es), billing address(es), delivery address(es), telephone number(s), credit card information, details of purchases, and/or any other information regarding you that you may decide to provide during the interactions with our Client Service or with sales staff.
If you decide to register on the Website through the social login function, please be informed that PRADA will have access to the Personal Data of your social account (for example, your email address and your public profile) in accordance with the privacy settings of the applicable social media platform. For more information, please refer to the related privacy statements on the applicable social media platform; PRADA does not oversee or control such social media services or user profiles on these platforms and does not establish privacy settings or rules regarding how Personal Data is used on such platforms.
In addition, we may also obtain information about you as a result of authentication or identity checks (for example, you may be asked to present your identity document when you pick up your purchase in-store). PRADA uses this information to identify you as a customer, to process your order, to deliver products and services and/or to process payments.
If you call our Client Service team or our Client Service team contacts you with the details you have provided to us, please note that calls may be recorded for quality assurance and record-keeping purposes. In such instance, you will be informed of this before the recording starts.
Furthermore, when you call, send an e-mail or text to our Client Service team and/or sales staff, we collect your e-mail address and/or phone number you used to contact us, so that we can reply to any request, as well as any additional Personal Data contained in your message or provided by you within the course of your interactions with us.
Combinations
We may combine passively collected data with data that you actively submit to us so as to, for instance, provide better service to Website visitors, customise the Website based on your preferences, compile and analyse statistics and trends, to otherwise administer and improve the Website for your use, and to personalise offers (for example, combined information may allow us to recommend products to you based on what you have liked in the past). We may combine information collected on the Website with information collected by phone, email or incoming text message or from the in-store experience in order to provide a service customised to your needs. We may also combine information we collect about you from the different devices you use to access our Website and/or information we get from third parties with Personal Data we already have about you.
Personal Data of minors
You must be at least 18 years old (or older depending on your country or state of residence) in order to provide us with Personal Data and purchase products from our Website.
PRADA protects the Personal Data of minors in accordance with the relevant national laws and regulations. If PRADA discovers that it has collected Personal Data about a minor without the prior consent of a verifiable parent or legal guardian, it will de-activate the minor’s account and try to delete the data as soon as possible.
2. Purposes and legal bases of the processing
Your Personal Data may be processed and used for the following purposes:
(a) to provide you with products, services and information you request from us, communicate with you and manage your relationship with PRADA;
(b) to process or fulfil your online, remote and/or other purchase orders and perform all management activities connected with them (including administrative management of the contract, delivery of goods, payment processing, invoicing, management of any products exchanges and returns, handling of any claims and litigation, and fraud prevention), and to comply with any applicable legal or regulatory obligations;
(c) to provide you with post-sale services (including product warranty and repairs service);
(d) to send by email the newsletters and other marketing communication regarding the “Prada” brand and other Prada Group’s products, services, initiatives and events as a result of your subscription to the service.
Furthermore, if you register to the Prada Group customer database (e.g. as a result of your registration on the Website or completion of our Customer Card) your Personal Data will be managed by the holding company Prada S.p.A. and shared with all Prada Group stores globally, and may be processed, together with the details of your purchases online, remotely and/or in stores, for the following purposes:
(e) to manage your personal account, confirm your identity as a registered Prada Group customer and, consequently, to provide a global customised customer care service and post-sales assistance and allow you to access exclusive services and benefits reserved for registered members (e.g. preservation of your purchase order history, faster online checkout, simplified procedures for product repair and warranty, invitations to events, pre-sale and other promotional initiatives and special projects, etc.);
(f) to offer you a personalised and tailored experience with regards to your preferences for “Prada” and the other brands, products, and services of the Prada Group, including by performing statistics, market research and surveys, and/or;
(g) marketing: to contact you and/or send you (by telephone, e-mail and any other form of electronic communication or digital means including social networks platforms and other instant messaging applications) information and promotions, including commercial information, newsletters, advertising and catalogues concerning “Prada” and the other brands, products and services of the Prada Group.
We collect and use your Personal Data based on one or many of the legal basis provided for by the applicable data protection laws, including:
- the processing is necessary in connection with any contract between PRADA and you (for example, when you make a purchase) or for the taking of pre-contractual steps at your request;
- we have obtained your prior consent (for example, when you opt-in to receive our marketing communications). Please note that you have the right to withdraw your consent at any time, by sending an email to privacy@prada.com, or by using the “unsubscribe” link included in all of our commercial electronic communications, and/or by using any other appropriate procedures which may be made available to you by PRADA (e.g. by logging into your online account);
- we have to process your personal data to comply with applicable laws and regulations.
3. Nature of the provision of personal data
The provision of Personal Data is optional.
However, if you wish to make a purchase order, register to the Prada Group customer database, receive information on Prada Group’s products and services, and/or use any other services offered on the Website, remotely and in store, you need to fill in all mandatory fields of the relevant forms and provide us with the required Personal Data as necessary in relation to the purposes for which they will be processed. If you do not provide this information, then it may delay or prevent us from processing your request, responding to your query or providing products or services to you.
You may withdraw your consent to receive our commercial communications and modify your communication preferences and/or opt-out from specific electronic communications at any time, by sending an email to privacy@prada.com, or by using the “unsubscribe” link included in all of our commercial electronic communications, and/or by using any other appropriate procedures which may be made available to you by PRADA (e.g. by logging into your online account).
You also can withdraw from or cancel your registration in the Prada Group customer database at any time by contacting us at privacy@prada.com and/or by logging into your online account.
4. Processing Methods
Your Personal Data will be processed by suitable electronic or automated means and computerised tools, or manually and on hard copy, exclusively for the purposes for which they have been collected and guaranteeing the security and confidentiality of any processed information through the adoption of appropriate measures to prevent the alteration, cancellation, destruction, unauthorised access or processing or actions not in accordance with the purpose of collection. Your Personal Data will be processed by the PRADA’s internal staff committed to the confidentiality and duly authorised to do so under their respective job duties.
5. Transfer and disclosure of data
Whenever necessary and/or instrumental to the above purposes, your Personal Data may be processed on behalf of PRADA by other entities engaged by PRADA in the correct and regular pursuit of the described purposes, including:
- Related Companies: otherPrada Group companies and franchisees that operate Prada Group stores;
- Service Providers: Third party service providers, consultants and firms providing advisory and/or consulting activities, or performing related services that are instrumental to data processing on behalf of PRADA, including website analytic services, hosting, transaction and payment processing, promotional campaign management, fraud prevention, shipping of goods, IT maintenance, etc.
All entrusted parties are bound by a strict confidentiality agreement including a contractual obligation to implement appropriate security measures to protect the Personal Data shared with them and to process such data solely within the scope of the work outsourced a.
As PRADA is part of an international network your Personal Data may be transferred abroad, even temporarily, in accordance with applicable legislation, including to locations outside Malaysia and the European Union (click here to see the jurisdictions in which the Prada Group and its service providers operate), by adopting all appropriate security measures and safeguards to ensure an adequate level of data protection and security.
Your Personal Data will not be used for third-party advertising purposes or for the promotion of products, services or initiatives by entities other than the Prada Group, nor shall they be disclosed to unknown persons under any circumstances.
Data communication within the Prada Group
Please also note that if you agree to register on the Prada Group customer database for the purposes referred to in sections 2, letters (e)-(g), your Personal Data will be securely shared with all Prada Group stores globally to provide you with the same quality of service wherever you choose to interact with us around the world (i.e. when you travel and purchase our products or visit our stores). PRADA will take all appropriate and suitable security and confidentiality measures as required by applicable legislation to ensure an adequate standard of data protection.
6. Retention period
Your Personal Data will be processed and stored for: (a) as long as required to carry out the purposes for which the Personal Data was collected, (b) in accordance with the storage periods provided for by the applicable laws, or (c) until you revoke your consent to the processing/storage of your Personal Data, if applicable. After the conclusion of such period(s), and where there is no legal or business purpose for retaining your Personal Data, it will be automatically and permanently erased or made anonymous.
In particular, regarding the data processing of registered members into Prada Group customer database:
- Personal Data of your membership account are kept for a period of 7 years from the date of your last interaction with the Prada Group or otherwise until you withdraw from or cancel your registration in the Prada Group customer database; and
- Purchase details are kept for a period of 7 years from the date of purchase.
7. Data User, Data Controllerand contacts
Prada Retail Malaysia Sdn. Bhd.
Lot 9.07.00, Level 9 Pavilion Kuala Lumpur,
168 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia
Regarding the data processing of registered members into the Prada Group customer database, if any, the Data Controller is:
Prada S.p.A.
Via Antonio Fogazzaro 28, 20135 Milan (Italy)
Group Data Protection Officer
e-mail: privacy@prada.com.
If you have any requests regarding your Personal Data, have any inquiries regarding this Privacy Policy, or you would like to exercise your rights, please contact (free of charge) PRADA or its Group Data Protection Officer by writing to the addresses/email address listed above.
8. Your rights
Please note that you may exercise your rights under the applicable data protection laws at any time by writing to us as indicated in the previous paragraph or using the contact us form available on the Website.
In particular, under the PDPA, you may exercise your right to access your Personal Data and the right to request correction of your Personal Data.
Under the GDPR, you have the right to request information as to whether your Personal Data is being processed and as to the characteristics of the processing, the right to rectification and erasure of your Personal Data, to limitation of the data processing and/or the right to object to the processing and/or request the transmission of your Personal Data to another controller, and/or the right to lodge a complaint with the competent supervisory authority, including the Italian Garante per la protezione dei dati personali (www.garanteprivacy.it) or take legal action if you believe there is non-compliance with the provision of the applicable laws.
You also have the right to withdraw your consent for the processing of your Personal Data by PRADA at any time, without charge. The withdrawal of your consent will not affect the lawfulness of processing based on your consent before its withdrawal.
PRADA reserves the right to amend this Privacy Policy at any time, and in the event of any material amendments, we will post a notice on the Website. The Privacy Policy currently in force is the one published on the Website.
Last updated: November 8th, 2023